Ujian di AidilAdha

 
Hii..welcome back to SWS. Alhamdulillah selamat sampai korang semua kat sini. Camner cuti? masih ade lagi yang masih bercuti ek..bestnyer korang balik kampung yer, aku bercuti hanya di sini, lepak kat umah makan tido, makan tido and makan lagi pastu tido plak..ishh..brape banyak makan tidolaa..tu yang badan makin slim giler (hehee)

So, ape kena mengena title di atas tu ngan story ni..langsung tak haangat. Begini ceritanyer..zaasss..

Satu hari di hari raya aku menangis tanda gembira, aku menangis kerana sedih tak balik kampung... lalalaa..sambung sendiri lagunyer...Di subuh yang hening bangun laa aku seorang isteri, iron baju raya coz 6t nak p sembahyang raya di Masjid Hidayah. Niat dah betul dah tapi mungkin Allah nak bagi sedikit ujian di pagi raya, usai sembahyang raya aku ngan adik aku kuar laa nak gi kat kereta yang di parking kat tepi jalan, yer laa nk parking kat dalam dah penuh dah lagipun banyak yang park kat luar tu. aku tengok hubby duk bersandar kat kete ngan beberapa orang lagi, ingatkan tengah sembang raya, buat2 peramah..aku senyum punye laa lebar kat hubby tapi sambutan hambar jer..aik? aku ade wak salah ke? sampai dekat kete baru aku tau rupe-rupenyer kete aku dah kena sondol. korban raya 3 biji kereta. Mujur aku nyer kete sikit jer yang rosak, bumper & boot kemek, sikitpun rosak tapi dah 5 hari dah duk workshop, mujur semua kos repair ditanggung oleh si pemilik Myvi. Kalau baiki sendiri mau habis dalam 600 gak tu. Sebenarnya kete aku and Avanza park kt tepi jalan tu, Myvi yang datang sondol belakang Avanza, so kete aku tersondol oleh Avanza. Yang parahnyer avanza laa bumper depan & belakang kopak. Myvi depan sebelah kiri jer yang kena. Di pagi raya yang syahdu itu jugalah kami beraya kat balai polis trafik, wak report & settle pasal claim insuran. Tengahari jugak laa baru siap sume, dahlah belum sarapan ape2 lagi..adoi..laparnyer.. Abang Avanza cakap mujur hari raya, bekorban laaa.. yang bawak myvi tu pompuan, ye cakap Avanza salah coz park tepi sangat. Aku tak rasa pun avanza salah dah namenyer hari raya ramai yang p masjid, dah tu nak park mane lagi, lagipun laluan untuk kenderaan lalulalang ade 2 line lagi, dah cukup besar ape..bukan jalan jam pun, lagipun orang duk tengah solat. ye kate tak sempat mengelak, ni mesti pandu laju kan, takpun kejar lampu merah kalau tak takkan laa avanza yang besar tu boleh tercampak langgar kete aku lak.. ape pun semua dah settle. Aku tak rase ape pun, benda dah nak jadi.

Dalam post yang lepas aku yang duk bagi nasihat & pesanan pada kawan-kawan semua, alih-alih aku yang terkena..Redho jelah kan. Inilah kenangan Raya di perantauan buat kali pertama dalam hidup aku. Kalau boleh aku tak nak dengar takbir raya..sayu wooo...sob sob..huhuuu.. tapi kena dengar jugak coz nak ambil feel raye...hehee.. adiosss...


Buat kengkawan semua..aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban and mintak maap ler bebanyak andai ader yang terguris rasa, terjeruk hati & ape2 jelah.. Pesanan dari aku : Balik kampung tu ingat-ingatlaa aku kat sini huhuuu...Kepada yang memandu transport sendiri tu berhati-hati di jalan raya, biarlah lembu & kambing jer yang terkorban. Pada mereka yang naek bas tu aku ucapkan selamat memandu kat pak cik drebar bas.. yer laa takkan nak ucapkan kat korang plak yang sebagai penumpang jer. Satu lagi jangan main air yer, awasi diri anda dan kelurga anda..ape-ape pun selamat kembali ke sini lagi.. SWS.. di hati..hohooo...
Picnic on Deepa day..

Picnic bersama family member hubby kat Sungai Tua. Bermandi manda and bakar ayam. Aku just buat bihun goreng n sandwich, hubby lak bahagian perap ayam. Ayam bakar berempah & Ayam Berkunyit..ader ker...hehee..resipi rekaan semata-mata...asal cukup rasa udah..

Ayam Bakar Berempah
diperlakukan sekejamnya oleh merekaa...
camni lagi Seksi...Ayam Bakar Berkunyit.
Ni nak kipas ayam ke ape ni..

Hubby & Bob

Mana gambar aku?....

oh tidak!!...aku hanya jadi camerawoman jerk..isk..isk..
Yeehaaa!!!!....aku gembira and tersangat gembira..aku baru jer balik daripada test lessen kereta ngan JPJ. Daripada reaksi aku kt depan tu tentu korang semua dah tahu yang aku telah lulus dengan jayanya..teramatlah suka. Semalam aku langsung tak leh tidur lena, asyik terjaga jer..kejap-kejap tengok jam..ader tu siap bermimpi lagi. Aku mimpi yang aku ambik test kat rumah aku kat kampong. Litar test plak kat rumah jiran aku..hahaaa..hebat tak aku nyer mimpi…

Aku alarm jam kul 5.30, ingat nak bangun masak kat untuk hubby suamiku tercinta tapi hubby cakap tak payah masak hari ini..yuhuuu..sukaa…sambung tidur sikit lagi..hehee..kul 6 bangun mandi and solat. Dalam kul 7.00 dah gerak, hubby hantar aku kat test lessen IMKL. Smpai tu hubby teman jap sambil makan-makan. Duk bagi perangsang dan semangat kat aku..jangan gementar, jangan takut, jangan gabra bla bla bla....kul 8.00 hubby dah nak gi keje, aku dah start bedebar ni..masa hantar hubby kat kete aku suruh hubby aku peluk aku jap “bie, bleh tak peluk kejap, nak tenangkan sikit rasa berdebar ni". Alhamdulillah tenang sikit rasanya..

Lama gak tunggu nak bermulanya testing tu, Kul 8.30 ada sedikit taklimat and pastu tunggu giliran nak test bukit..lutut aku menggeletar semacam jer..hati tak lah berdebar sangat tapi aku hairan kenapa kaki yang effect lebih. Tibalah giliran aku..dengan lafaz Bismillah aku start buat bukit, seterusnya parking & 3 penjuru ..Alhamdulillah sessi dua dah lepas, tunggu nak keluar kat jalanraya lak…sekali lagi bedebar-debar..nama giliran aku dah panggil tapi tunggu tester punya laa lama..ye gi rehat jap..masa aku masuk dalam kete tu aku ade bagi salam kat tester tu “Assalamualaikum Cek” langsung tak jawap senyap jer, tapi aku tak tau laa kalau ye dah jawab dalam hati. Serius je muka. Ahh lantak laa..aku buat jer ape yang cekgu dah ajar, aku anggap kat sebelah aku tu just cekgu aku yang sedang mengajar aku seperti sebelum ni..agak gabra gak aku sampai 2x enjin mati, tu pun belum lagi keluar kat jalan raya baru kat depan pintu pagar IMKL. Alamak camner nih..matilah aku. Gabra + tak terbiasa lagi ngan kete tu, clutch ye agak berat tu buatkan enjin mati. Dan adegan yang seterusnya aku lakukan dengan berhati-hati..Akhirnya aku BERJAYA. Tahniah pada diriku sendiri, rasa cam tak percaya, cekgu aku lagi laa tak percaya, manakan tidak aku laa student paling lembap + bengap..ntah berapa belas jam aku belajar..selalu jer kena marah..aku nekad lepas ni aku tak nak jejak dah kat sini sebagai student and tak nak sia-siakan RM 160.00 kalau aku gagal. Aku kena cuba yang terbaik, aku boleh..tu adalah kata perangsang pada diri aku sendiri..hehee..setakat ni ajer aku nyer story..tunggu nak dapatkan lessen jer lagi pastu……..i can drive...daaaa…
Amazing...korang bayangkan kalau laa rumah kita cenggini..perghh...lawa giler..macam real. aku jumpa pic ni masa duk merayau-rayau cari pic2 yang unik dan pelik..so pic ni nk kongsi ngan korang semua..hebat betul kan diorang ni..real jer lukisan tu..



sesuai utk kanak2 perempuan


bilik tidur impian di waktu kecil..hehee


rasa cam tidur dalam gua


rasa cam berkhemah di padang pasir, ala-ala zaman dulu kala.


lawa tuu..classis view


kononya ngah bekerja kat pulau


fantasy




aku pening..i donno how to manage this blog dah lama tinggal. Teruja balik nk ambik peduli ngan blogg ni setelah duk ushar blogg2 lain cam best jer layan blogg. tapi entahlah smpai bila bleh bertahan nk sntiasa update. I.allah aku try yg terbaik. Jeles lak tgok dak2 kecik dh pndai berblogg yg aku jupe msa duk ngah ushar blogg2 lain, kalah aku yg tua nih. Ni xleh jadik nih. Kna blajor gak ngan otai2 blogg hehee...ok arr xleh lama2 sgt ngan mender nih..aku terbanyak keje dah..doakan aku yerk.
Jangan menangis,
Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah,
kerana kita diikat bersama dalam cinta.
Hanya dengan cinta yang indah…

kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan,
pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
Saat mentari terbit kita merasa panas dan enggan untuk melihatnya..
Namun setelah dia terbenam ,
barulah kita menyedari betapa kita memerlukannya..
kerana itu,
cintailah orang yang bersamamu hari ini, kerana mungkin terjadi dia pergi di saat kita mulai mencintainya….

Jangan berjanji menyayangi diriKu untuk
selama-lamanya kerana selama-lamanya bagiMu mungkin akan berakhir keesokkan harinya,

tapi

berjanjilah untuk menyayangi diriKu seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk KiTa berdua.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.
Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia..