Yeehaaa!!!!....aku gembira and tersangat gembira..aku baru jer balik daripada test lessen kereta ngan JPJ. Daripada reaksi aku kt depan tu tentu korang semua dah tahu yang aku telah lulus dengan jayanya..teramatlah suka. Semalam aku langsung tak leh tidur lena, asyik terjaga jer..kejap-kejap tengok jam..ader tu siap bermimpi lagi. Aku mimpi yang aku ambik test kat rumah aku kat kampong. Litar test plak kat rumah jiran aku..hahaaa..hebat tak aku nyer mimpi…
Aku alarm jam kul 5.30, ingat nak bangun masak kat untuk hubby suamiku tercinta tapi hubby cakap tak payah masak hari ini..yuhuuu..sukaa…sambung tidur sikit lagi..hehee..kul 6 bangun mandi and solat. Dalam kul 7.00 dah gerak, hubby hantar aku kat test lessen IMKL. Smpai tu hubby teman jap sambil makan-makan. Duk bagi perangsang dan semangat kat aku..jangan gementar, jangan takut, jangan gabra bla bla bla....kul 8.00 hubby dah nak gi keje, aku dah start bedebar ni..masa hantar hubby kat kete aku suruh hubby aku peluk aku jap “bie, bleh tak peluk kejap, nak tenangkan sikit rasa berdebar ni". Alhamdulillah tenang sikit rasanya..
Lama gak tunggu nak bermulanya testing tu, Kul 8.30 ada sedikit taklimat and pastu tunggu giliran nak test bukit..lutut aku menggeletar semacam jer..hati tak lah berdebar sangat tapi aku hairan kenapa kaki yang effect lebih. Tibalah giliran aku..dengan lafaz Bismillah aku start buat bukit, seterusnya parking & 3 penjuru ..Alhamdulillah sessi dua dah lepas, tunggu nak keluar kat jalanraya lak…sekali lagi bedebar-debar..nama giliran aku dah panggil tapi tunggu tester punya laa lama..ye gi rehat jap..masa aku masuk dalam kete tu aku ade bagi salam kat tester tu “Assalamualaikum Cek” langsung tak jawap senyap jer, tapi aku tak tau laa kalau ye dah jawab dalam hati. Serius je muka. Ahh lantak laa..aku buat jer ape yang cekgu dah ajar, aku anggap kat sebelah aku tu just cekgu aku yang sedang mengajar aku seperti sebelum ni..agak gabra gak aku sampai 2x enjin mati, tu pun belum lagi keluar kat jalan raya baru kat depan pintu pagar IMKL. Alamak camner nih..matilah aku. Gabra + tak terbiasa lagi ngan kete tu, clutch ye agak berat tu buatkan enjin mati. Dan adegan yang seterusnya aku lakukan dengan berhati-hati..Akhirnya aku BERJAYA. Tahniah pada diriku sendiri, rasa cam tak percaya, cekgu aku lagi laa tak percaya, manakan tidak aku laa student paling lembap + bengap..ntah berapa belas jam aku belajar..selalu jer kena marah..aku nekad lepas ni aku tak nak jejak dah kat sini sebagai student and tak nak sia-siakan RM 160.00 kalau aku gagal. Aku kena cuba yang terbaik, aku boleh..tu adalah kata perangsang pada diri aku sendiri..hehee..setakat ni ajer aku nyer story..tunggu nak dapatkan lessen jer lagi pastu……..i can drive...daaaa…