Ujian di AidilAdha
Hii..welcome back to SWS. Alhamdulillah selamat sampai korang semua kat sini. Camner cuti? masih ade lagi yang masih bercuti ek..bestnyer korang balik kampung yer, aku bercuti hanya di sini, lepak kat umah makan tido, makan tido and makan lagi pastu tido plak..ishh..brape banyak makan tidolaa..tu yang badan makin slim giler (hehee)
So, ape kena mengena title di atas tu ngan story ni..langsung tak haangat. Begini ceritanyer..zaasss..
Satu hari di hari raya aku menangis tanda gembira, aku menangis kerana sedih tak balik kampung... lalalaa..sambung sendiri lagunyer...Di subuh yang hening bangun laa aku seorang isteri, iron baju raya coz 6t nak p sembahyang raya di Masjid Hidayah. Niat dah betul dah tapi mungkin Allah nak bagi sedikit ujian di pagi raya, usai sembahyang raya aku ngan adik aku kuar laa nak gi kat kereta yang di parking kat tepi jalan, yer laa nk parking kat dalam dah penuh dah lagipun banyak yang park kat luar tu. aku tengok hubby duk bersandar kat kete ngan beberapa orang lagi, ingatkan tengah sembang raya, buat2 peramah..aku senyum punye laa lebar kat hubby tapi sambutan hambar jer..aik? aku ade wak salah ke? sampai dekat kete baru aku tau rupe-rupenyer kete aku dah kena sondol. korban raya 3 biji kereta. Mujur aku nyer kete sikit jer yang rosak, bumper & boot kemek, sikitpun rosak tapi dah 5 hari dah duk workshop, mujur semua kos repair ditanggung oleh si pemilik Myvi. Kalau baiki sendiri mau habis dalam 600 gak tu. Sebenarnya kete aku and Avanza park kt tepi jalan tu, Myvi yang datang sondol belakang Avanza, so kete aku tersondol oleh Avanza. Yang parahnyer avanza laa bumper depan & belakang kopak. Myvi depan sebelah kiri jer yang kena. Di pagi raya yang syahdu itu jugalah kami beraya kat balai polis trafik, wak report & settle pasal claim insuran. Tengahari jugak laa baru siap sume, dahlah belum sarapan ape2 lagi..adoi..laparnyer.. Abang Avanza cakap mujur hari raya, bekorban laaa.. yang bawak myvi tu pompuan, ye cakap Avanza salah coz park tepi sangat. Aku tak rasa pun avanza salah dah namenyer hari raya ramai yang p masjid, dah tu nak park mane lagi, lagipun laluan untuk kenderaan lalulalang ade 2 line lagi, dah cukup besar ape..bukan jalan jam pun, lagipun orang duk tengah solat. ye kate tak sempat mengelak, ni mesti pandu laju kan, takpun kejar lampu merah kalau tak takkan laa avanza yang besar tu boleh tercampak langgar kete aku lak.. ape pun semua dah settle. Aku tak rase ape pun, benda dah nak jadi.
Dalam post yang lepas aku yang duk bagi nasihat & pesanan pada kawan-kawan semua, alih-alih aku yang terkena..Redho jelah kan. Inilah kenangan Raya di perantauan buat kali pertama dalam hidup aku. Kalau boleh aku tak nak dengar takbir raya..sayu wooo...sob sob..huhuuu.. tapi kena dengar jugak coz nak ambil feel raye...hehee.. adiosss...