Seni Kreatif dari Makanan

Jom.. Saksikan hasil-hasil seni mereka yang dianugerahi bakat-bakat ini...























IUI

IUI - apakah dia?

  • Intra Uterine Insemination (IUI) atau kaedah menyuntik benih ke dalam rahim isteri.
  • IUI adalah satu teknik memasukkan sperma terus ke dalam rahim (dimana air mani/sperma yang dikeluarkan menggunakan masturbasi perlu diproses/dibersih terlebih dahulu untuk mengasingkan sperma yang elok)
  • IUI meningkatkan peluang untuk hamil secara mendekatkan jarak perjalanan sperma kerana secara biasanya sperma akan memulakan perjalanan dari bahagian hujung faraj (iaitu melalui hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj)
  • Sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur.
  • Doktor akan meningkatkan peluang tambahan untuk merangsang pembesaran sebilangan telur dengan memberikan ubat kesuburan samada pil atau suntikan.

 CARA MENJALANI IUI (pengalaman sendiri)

  1. Setelah 2 tahun lebih tiada lagi tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, saya mengambil inisiatif merujuk kepada orang yang lebih pakar dalam masalah untuk hamil.
  2. Beberapa appointment telah dibuat dengan doktor Hospital Kerajaan (nak ambil swasta kami tidak mampu..hehee..)
  3. First doc bagi ubat untuk stabilkan period (Dhupaston) diambil pada day 5 - 25 period dan Clomide 50mg (untuk subur) 3 cycle (iaitu 3 bulan period) di ambil pada day 2 - 6 period. Bulan pertama period selepas pengambilan ubat iaitu pada hari ke-2 dan hari ke-21 period kena pergi hospital untuk ujian darah untuk mengetahui masalah kenapa tak berjaya untuk pregnant. Resultnya.. Saya didapati kurang menghasilkan telur matang. Bagi pihak suami (hubby) pulak kena hantar sample (air mani) untuk mengetahui samada suami juga bermasalah atau tidak. Resultnya..sperma kurang. So, kira kitorang kongsi laa 50/50 problem..hehee..
  4. Kali ke-2 appointment doc bagi pil kesuburan Clomide 50mg, ambil sebiji sehari untuk 3 cycle . Period bulan ke-3 pada hari ke-2 dan 21 sekali lagi kena ambil darah. Sama juga dengan hubby kena hantar sperma. Result kitorang sama juga so kena tambah pil Clomide 50g iaitu makan 2 biji sehari selama 3 cycle lagi. Appointment ke-3 doc bagitau result saya still sama so doc putuskan untuk menjalani IUI. Iaitu period bulan depan.
  5. Doc bagi pil Clomide 50mg, makan 2x sehari dari day 2-6 period, day 7 pergi hospital lagi coz kena inject ubat kat perut selama 3 hari berturut-turut. sepatutnya kena inject kat hospital 3 hari tu, tapi first day inject nurse ada ajar camne nak inject, nurse tanya nak buat sendiri atau datang hospital setiap pagi. So kitorang pilih untuk inject sendiri. Hubby laa jadi Doktor terjun hehee... (bukan bidan terjun yer). ops lupa nak bagitau dia punya jarum tu cam jarum orang suntik insulin untuk penyakit kencing manis.
  6. Hari ke-12 period kena buat ujian Transvaginal Ultrasound (TVS). Ujian ini dibuat bertujuan untuk mengesan dan mengukur besarnya telur. Disebabkan day-12 period saya jatuh pada hari sabtu, so nurse suruh pergi hari khamis iaitu day-10 (result : ukuran telur baru 13 mm). Nurse suruh datang sekali lagi hari ahad day -13 untuk scan sekali lagi (result : ukuran telur 18mm). Doc cakap dah boleh buat IUI esoknya. sebelum balik doc bagi Dhupaston (makan selepas proses IUI selama 20 hari), Folid Acid (makan pada hari sama) dan ubat untuk suntikan pada malam tu. Pukul 8.30 kena pergi hospital di wad 1B (wad orang bersalin) untuk inject kat bontot.
  7. Esoknya..siap-siap untuk jalani IUI..debar giler rasenyer..takut pun ada. Bimbang untuk menerima kekecewaan. Pukul 8 hantar sperma/air mani hubby kat makmal dan terus daftar kena bayar RM 45 coz keje swasta. opss lupa setiap kali nak buat TVS kena bayar RM 17. sambung balik.. lepas daftar nurse suruh pergi makan-makan dulu coz proses untuk membersihkan dan memilih sperma yang paling aktif dan terbaik memakan masa agak lama.. dalam pukul 10 baru nurse call bagitau dah siap untuk buat IUI.
  8. Pada hari yang sama 4 pasangan buat IUI. So rasa gementar tu kurang sikit laa.. saya orang kedua. nurse panggil suruh baring-baring dulu kat atas katil. Sementara tu dengarlaa doc tengah buat orang sebelah..dengar cam gunting laa...adoii berdebar tak terkata laa..
  9. Sampailaa giliran saya.. first scan dulu kat rahim nak tengok kedudukannya camna, semua ok.. pastu doc tunjuk laa alat yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam ruang rahim. Tiub plastik rupa dia cam straw air jer.. kat hujung dia ada picagari kecil, dalam tu laa sperma. Masa nak inject tu doc n nurse suruh berselawat banyak-banyak. Alhamdulillah dah siap..kejap jer..sakit? tak sakit pun..perit sikit jer.. lepas tu doc suruh mengiring ke kanan coz telur ada kat sebelah kanan. Baring dalam 15 minit jer. Ok, semua dah selesai, dah boleh balik rumah..hari tu ambik MC coz nak rehat kat rumah.
  10. mmm...masa tunggu nak buat IUI tu ada laa sepasang suami isteri bersama baby diorang. Sembang laa dengan diorang, rupa-rupanya baby tu adalah dari hasil buat IVF. Diorang dah 13 tahun kahwin n dah buat 4x IUI. Isteri dia pesan suruh rehat dulu, jangan angkat benda berat dan jangan makan makanan berempah. Alhamdulillah dapat sikit tips dari akak tu, bila dengar kisah diorang lega sikit, tak tertekan sangat. So, wait n see jer ape resultnya..
  11. Kalian semua doakan semua usaha ini berhasil. Berkat dari doa dari kalian semua InsyaAllah berjaya..
HANTARAN PERTUNANGAN - PURPLE

Gubahan hantaran pertunangan adik 31.08.2011.. pic tak cukup n pic agak blurrr..

 Bekas Cincin .
Hantaran dari pihak lelaki tapi tolong buat untuk diorang
 Kain Pelikat
 Kain Baju Melayu
 Tuala
 Coklat
 Sirih Junjung
 Jeliiii...
Sejadah
 Buah
ni dia tuan empunya diri..
GUBAHAN HANTARAN KAHWIN - Hitam + Putih + Silver

Gubahan hantaran kahwin 6.6.2009 dari suami untukku.. tapi gubahan saya yang membuatnyer.
 Bekas Cincin

 Coklat
 Handbag
 Selipar
 Kain Pasang
 Wangian
GUBAHAN HANTARAN KAHWIN - Hijau + Silver

Gubahan hantaran kahwin 6.6.2009.. .. khas dariku untuk suami tercinta..baru nak upload hari ini

 Bekas Jam
 Coklat
 Kain Baju Melayu
 
Kain Pelikat
 Kek
 Sirih Junjung
 Wallet & Belt
 Wangian




MY LeTTo

My lovely pet.. LETTO.. cam band muzik kan namanye.. letto nama asal dari tuan punya cat ni, dia bagi kat kitorang jaga coz dia tinggal kat bilik jer, kesian kat cat tekanan kat tempat sempit jer. Katanya kucing tu hadiah dari kakak dia. 



Dulu saya ni teramatlah takut kat kucing, cam fobia coz mase kecik-kecik ade sekor kucing kat rumah tu suka terkam ape saje benda yang bergerak, lau kita bgerak siap lah kaki jadi mangsa, so sejak dari tu jadi tu jadi takut nak dekat ngan kucing lebih-lebih lagi yang jenis nikus. start tak takut kucing bila kenal dengan Letto, chewwahh.. ye laa geram tgok dengan bulu lebat dan yang penting tak suka gigit.  Betul lah orang kate kucing boleh jadi peneman n boleh menenangkan.. mula-mula bela tu punyalah takut nk bagi dia keluar takut kena curi kat orang. Lepas tu cam kesian lak kurung kat dalam umah je, lagipun nak g kerja takkan dia duk kat dalam rumah. so lepas jelah kat luar. Satu hari tu Letto pergi laa kat umah jiran belakang rumah, kitorang terdengar laa tuan rumah tu suruh anak dia ambik kucing tu bawak masuk lam umah, hubby terus panggil akak tu "akak tu kucing saya". Dia terus tutup pintu, last2 dia keluarkan Letto kut pintu dapur. Letto plak buat muka tak bersalah,kite punyalah risau pasal dia..skang dah takde masalah coz jiran-jiran dah tau kucing siapa.

bila balik keje perkara pertama ialah panggil letto.. tup-tup dah ada depan mata..dah tau masa makan dah tibe. macam-macam pe el.. Letto Letto